Sunday, July 24, 2011

KURSUS KEPIMPINAN


peserta kursus
 Semalam 23 Julai telah berlangsung kursus kepimpinan badan kepimpinan sekolah. majlis itu dipengerusikan oleh Cikgu Mohd Ali. Majlis dimulai dengan bacaan doa oleh ust saiful. Kemudian penerangan oleh beberapa orang guru akan tanggungjawab /tugas mengikut bahagian masing2.  murid juga disajikan dengan ucapan daripada penceramah jemputan iaitu En Lukman Al-Hakim b Nor. Seterusnya murid mengikuti aktiviti kumpulan. majlis di akhiri dengan penyampaian sijil dan hadiah bagi kumpulan yang menang.
ucapan pengerusi majlis



pentadbir dan penceramah



penyampaian sijil dan hadiah





 
bacaan doa




hasil aktivit murid




 menjamu selera











 
penerangan tugas2/tanggungjawab






Thursday, July 21, 2011

KEM BESTARI SOLAT

Alhamdulillah baru2 ini Program Kem Bestari Solat untuk murid2 Tahap 2 telah berjalan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua guru yang terlibat.
murid2 menunaikan solat berjemaah

Monday, June 27, 2011

Johan lagi

semalam 26hb Jun sekolah kita telah menerima jemputan untuk menyertai acara balapan 4 x 100. sekolah kita telah menghantar 2 pasukan iaitu pasukan lelaki dan perempuan. kedua-dua pasukan kita mendapat tempat pertama. tahniah kepada guru dan murid yang menyertainya.

Saturday, June 25, 2011

GPK 1 baru lagi!

Belum pun sempat  warga SKLH 1 bermesra lebih rapat lagi dengan GPK 1 Pn Zawiyah, dah dapat bertukar ke sekolah lain. Kami mengucapkan selamat jalan dan selamat bertugas di sekolah yang baru.

Program Kuiz Mutiara Felda

Hari ini sekolah kita menjadi tuan rumah bagi program yang telah dianjurkan oleh Felda. Sebanyak 3 buah sekolah menengah dan beberapa sekolah rendah telah menyertainya. Antara pertandingan yang diadakan ialah spelling dan kuiz. Turut hadir ialah Dato' Azmi dan pegawai dari PPD Kuantan (Bahagian STF).

Monday, June 20, 2011

Sukan Tahunan SKLH 1

Semalam 19hb Jun telah berlangsung sukan tahunan sekolah. Antara gambar2 yang dapat dirakam. Sebenarnya banyak lagi gambar yang diambil tapi kamera lain2.



perbarisan
memadankan gambar dengan perkataan
sekolah kita johan antara tadika dun lepar


mendengar penerangan dari hakim


Friday, February 25, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZ FARHAN

Rasanya masih belum terlewat untuk kita ucapkan Selamat Pengantin Baru buat En. Farhan Mohd Mustapar (Guru j-QAF) yang telah melangsungkan perkahwinan pada 5.2.2011 yang lalu. Warga Sk. (LKTP) Lepar Hilir 1 mengucapkan tahniah kepada beliau. Semoga berbahagia selalu dan kekal hingga akhir hayat.